Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts
Wednesday, October 15, 2008 - 0 comments

Peringatan buat Wanita




(Dari Rasulullah S.A.W)

1. Wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh. 

2. Wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.

3. Saidatina Aisyah r. a. berkata : "Saya pernah bertanyakan Rasulullah s. a. w. tentang siapakah manusia yang terlebih berhak terhadap wanita?" Jawab Rasulullah s. a. w. : "Suaminya". Bertanya pula Aisyah : "Siapa pula terlebih berhak terhadap lelaki?". Jawab Rasulullah s. a. w. : "Ibunya".

4. Apabila kamu dipanggil oleh kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

5. Sesiapa yang dikurniakan Allah wanita yang solehah, sesungguhnya ia telah dikurniakan separuh dari agamanya, maka yang separuh lagi hendaklah ia berbakti (bertakwa) kepada Allah.

6. Sebaik-baik wanita ialah yang tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan (digoda) oleh iblis.

7. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isteri baginda
(Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah?". Rasulullah s. a. w. menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?."

8. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di hadapan orang sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina yakni seperti perempuan zina.

9. Tidak memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina mereka melainkan yang hina.

10. Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.

11. Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Hendaklah kamu mendapatkan yang kuat agamanya, tentu ia akan memberi ketenangan kepada kamu.

12. Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan cepat pula kehamilannya dan ringan maharnya (mas kahwin).

13. Wanita yang taatkan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana ia masih taatkan suaminya dan diredhai (serta dipelihara akan sembahyang dan puasanya). 

14. Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya dengan tidak dihisab.

15. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan rasa tersinggung hati suaminya, maka ia dimurkai Allah sehingga ia kembali bermanis muka dan tersenyum mesra terhadap suaminya.

16. Ibnu Umar berkata : Telah datang seorang kepada Rasulullah S. A. W. lalu bertanya : "Apakah hak suami atas isteri?" Jawab baginda : "Tunaikan hajatnya sekalipun engkau di belakang unta, jangan berpuasa sunat melainkan dengan izin suami, jika engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk suami dan dosa untuk isteri, jangan keluar malainkan dengan izinnya: jika keluar juga akan dilaknat oleh Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab sehingga kembali kembali engkau ke rumah."

 

- 0 comments

Di mana cantiknya Seorang Muslimah


Di Mana Cantiknya Seorang Muslimah?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi ummi juga ayah, suami dan pipi mungil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan.

Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita
perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua.

Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik???

-Jadikanlah "Ghadhdul Bashar" (menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

-Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

-Gunakanlah pemerah pipi anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa "malu" yang dibuat
dari "salon Iman".

-Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

-Rawatlah rambut anda dengan "selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur
pandangan lelaki yang merbahayakan.

-Hiasilah kedua tangan anda dengan "gelang Tawadhu" dan jari-jari anda dengan "cincin
Ukhuwwah".

-Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

-Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Renungilah wahai muslimah sekalian...

Powered By Blogger