Wednesday, October 15, 2008 - 0 comments

Seloka Bollywood

Assalamualaikum wbt.

Hai kawan-kawan marilah dengar seloka
Kisah Bollywood empunya cerita
Semua kepala hotak kita berjaya dijajahnya
Sampai cakap mufti kita dah tak endahkan

Cakap mufti sapa nak heran
Lainlah kalau Shah Rukh Khan atau Aishwarya Rai
Lagu Hindustan semua dok hafal
Bahasa Arab, bahasa al-Quran hancur berkecai

Fatwa mufti tolak ke tepi
Bila dah mati baru nak menyesai
Marilah ajak Salman Khan temani
Kot-kot boleh defence tali cemati

Wahai kekawan cubalah insaf
Tak salah berhibur atau berhindustan
Tapi jangan lupa banyak unsur-unsur syaitan
Nanti kita semua terleka makan hasutan

Pelakon Bollywood tu pun manusia biasa
Mengapa kita terlalu memuja
Cantik dan kacak hanyalah dimata
Bila matikan ke tinggal rangka

Wassalam...

Dari: Syukurteam

0 comments: